Dunia Acap: :: Beritahu kepada Penciptaku ::

:: Beritahu kepada Penciptaku ::

Beritahu kepada Penciptaku,
Aku di sini sentiasa tertanya-tanya
Mengapakah aku dilahirkan di alam ini ? 
sedangkan di alam sana aku sentiasa dekat dengan-Nya .. 
Adakah aku bisa menjunjung tanggungjawabku ?
Menjadi insan yang sentiasa memerhati ..
Bisakah aku melunaskan segala amanahku ? 
Ku takuti jika satu hari nanti aku alpa ..

Beritahu kepada Penciptaku,
Aku di sini melakarkan senyum dalam tanda tanya,
Apakah perasaan ini ? 
Aku bahagia bersama teman-temanku .. 
Berlari ke sana ke mari tanpa mengenal erti ..
Bahagia mengenal erti ilmu,
Bahagia melalui zaman 'doraemon'ku ..


Beritahu kepada Penciptaku,
Aku di sini semakin meningkat dewasa 
Perjalanan yang aku lalui penuh dengan kegembiraan !
Semua yang di ajarkan oleh umi dan abi telah aku lupakan
Buat apa mendengar andai keadaan sekarang terlalu gembira ? detik hatiku 
Aku lalai,aku alpa dengan duniaku
Tanggungjawab yang dulu aku janji di hadapan-Mu akan menggalasnya 
telah hilang di telan nafsu yang meraja
Mengapa begini Penciptaku ? 
Mengapa begini hidup yang aku lalui ? 

Beritahu kepada Penciptaku,
Aku di sini merasai perasaan hangat 
perasaan yang sukar di ungkap 
perasaan yang Kau beri kepadaku secara fitrah manusia
dia 'pasangan'ku yang menggembira kan ku,
dia lelaki yang boleh membuatku ketawa,
dia perempuan yang mencintai aku,
Sungguh dalamnya perasaan ini 
sampai boleh menjadikan aku seorang yang pelupa,
seorang hamba yang hina !
Adakah ini yang Kau mahukan Penciptaku ?
Adakah ini yang Kau mahukan ? 

Beritahu kepada Penciptaku,
Aku di sini merana 
Aku di sini di sakiti kerana hambaNya ! 
Kenapa jadi begini ? 
Adakah Kau tidak menyayangiku lagi ? 
Betulkah Penciptaku ? 
Kenapa kebahagiaan milikku hanya sementara ? 
Adakah hidupku hanya untuk menderita ?
Tidak adilkah Dia yang menjadi Penciptaku ? 
Sungguh aku tertanya-tanya ! 

Beritahu kepada Penciptaku,
di sini aku di datangi oleh hamba2Mu 
hamba yang menyedarkan aku tentang fitrahku,
hamba yang berada di sampingku ketika aku jatuh
hamba yang sentiasa meminjamkan secebis kekuatannya buatku,
Siapakah dia yang Kau utuskan buatku Penciptaku ?
insan yang dahulunya aku sayangi tetapi akhirnya aku lupakan
lupakan kerana keasyikan dunia yang sentiasa menghantuiku 
Tiada perasaankah ibu bapaku selepas hatinya di gores ?
sungguh besarkah kasihnya buatku sampai hatinya tiada yang terluka ? 
dan mengapa sahabat yang dulunya aku benci kini menjadi tiang kepadaku ? 
merekalah yang mengenalkan diriku kepada fitrahku ! 
Mengapa begini terjadi terhadap diriku ? 
Adakah ini salah satu ujian dariMu wahai Penciptaku ?

Beritahu kepada Penciptaku,
di sini aku tersenyum riang,
mendambakan cinta dan melebarkan rindu,
Aku sentiasa mengharapkan cintaku .. 
Adakah ini maksud di sebalik pertanyaanku ?
Ya Tuhan ! sekarang aku sedang berhadapan dengan sakaratul maut
tapi kenapa aku bisa seteguh ini tersenyum simpul ?
kenapa Penciptaku ? 

Sekarang aku yakin,
aku benar-benar pasti dengan jawapanku ..
Kerana Kau adalah Penciptaku
maka Kau yang berhak memiliki CINTAku 
walaupun cintaku tidak sehebat cinta KekasihMu
tapi aku merayu kerana aku yakin 
sebaik-baik meletakkan cinta adalah di tempatMu 
Penciptaku,
syukur kerana Kau mengurniakan aku mereka insan yang ditarbiah 
satu sahaja impianku 
semoga cintaku terhadapMu di pahat kan di dalam pena 
memberi ramai yang membaca 
kerana aku yakin,dan aku mahu mereka yakin
kemanisan cinta hanya datang dari sebuah kisah iaitu 
Cinta seorang hamba buat Pencipta nya .. 

" Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalangan kamu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti (kemauan) kamu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu akan mendapat kesusahan tetapi Allah menjadikan kamu cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus " (49:7)

#sekadar gambar hiasan je...

No comments:

Post a Comment